Cari:
Presiden Laos Ditemui Utusan Khas Presiden China
2016-01-28 15:24:16 CRI Cetak

Presiden Laos, Choummaly Sayasone ditemui utusan khas Presiden China, iaitu Pengerusi Jabatan Perhubungan Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Song Tao di Vientiane semalam.

Song Tao menyampaikan salam daripada Presiden China, Xi Jinping kepada Choummaly.

Beliau menyanjung tinggi sumbangan besar Choummaly dalam mendorong hubungan China-Laos dan bersedia untuk bersama-sama dengan Laos bagi menggalakkan hubungan kedua-dua negara terus berkembang maju.

Choummaly mengucapkan terima kasih atas perhatian Xi Jinping terhadap hubungan Laos-China dan pihaknya bersedia untuk menggalakkan hubungan kedua-dua negara terus berkembang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China