Cari:
Asia Timur dan Asia Selatan Kekalkan Pertumbuhan Ekonomi Paling Pesat
2016-01-28 15:31:01 CRI Cetak

Jabatan Ekonomi dan Hal Ehwal Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiarkan laporan Situasi dan Prospek Ekonomi Dunia 2016 semalam.

Menurut laporan itu, walaupun pertumbuhan ekonomi perlahan sejak kebelakangan ini, namun Asia Timur dan Asia Selatan tetap merupakan rantau yang paling dinamik dan akan mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang paling pesat.

Disebabkan unsur-unsur seperti penurunan harga komoditi pukal, kelembapan aktiviti perdagangan, peralihan keluar dana dalam jumlah yang besar, dan turun naik pasaran kewangan, kadar pertumbuhan ekonomi Asia Timur dan Asia Selatan menurun kepada tahap yang terendah sejak tahun 2001.

Menurut laporan itu lagi, kadar pertumbuhan ekonomi di Asia Timur dan Asia Barat diunjurkan pada 5.8 peratus pada tahun 2016 dan 2017, lebih tinggi berbanding 5.7 peratus pada tahun 2015.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China