Cari:
Perutusan Tahniah Xi Jinping kepada Nguyen Phu Trọng
2016-01-28 14:26:03 CRI Cetak

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Nguyen Phu Trọng yang dilantik semula sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (CPV).

Xi dalam perutusannya berkata, Vietnam telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pembangunan sosial dan reformasi, mengekalkan kestabilan masyarakat dan politik, ekonomi meningkat dengan pesat dan taraf hidup rakyat semakin tinggi.

China dan Vietnam merupakan negara jiran yang baik dan komuniti berkongsi nasib.

China mementingkan hubungan dengan Vietnam dan komited menggalakkan perkongsian strategik komprehensif dengan Vietnam berkembang dengan sihat dan stabil, serta menyumbang demi keamanan, kerjasama, pembangunan dan kemakmuran Asia malah dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China