Cari:
Malaysia Laksanakan Pengecualian Visa kepada Pelancong China
2016-01-29 11:52:09 CRI Cetak

Malaysia Laksanakan Pengecualian Visa kepada Pelancong China

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa negara itu akan melaksanakan pengecualian visa kepada pelancong dari China bermula 1 Mac hingga 31 Disember tahun ini tertakluk kepada syarat tertentu bagi tempoh kunjungan tidak melebihi 15 hari.

Najib berkata demikian ketika membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 di Putrajaya semalam.

Namun, beliau tidak memberikan butiran lanjut tentang syarat-syarat pengecualian visa tersebut.

Ini merupakan salah satu langkah untuk menarik pelancong China.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, Malaysia berharap dapat menarik lapan juta pelancong China setiap tahun dalam tempoh lima tahun akan datang dengan kuasa berbelanja RM22.1 bilion.

Pada ketika ini, terdapat 1.3 juta pelancong China ke Malaysia setiap tahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China