Cari:
Penggantungan HSR Jakarta-Bandung Tidak Benar
2016-01-29 17:19:15 CRI Cetak

Menurut laporan media Indonesia, projek pembinaan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung terpaksa digantung pembinaanya kerana tidak mendapat permit.

Mengulas laporan tersebut, jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying menyatakan bahawa berita tersebut adalah tidak benar. Kedua-dua negara sedang bekerjasama rapat dalam melaksanakan projek tersebut.

Beliau berkata, majlis pecah tanah projek HSR tersebut telah diadakan baru-baru ini, dan yang mendapat perhatian daripada kerajaan dan syarikat kedua-dua negara.

China akan berusaha bersama-sama dengan Indonesia bagi menggalakkan projek itu dilaksanakan dengan lancar dan memberikan limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China