Cari:
China Komited Galakan Perkongsian Strategik Komprehensif dengan Vietnam
2016-01-29 11:02:47 CRI Cetak

Nguyen Phu Trọng telah dilantik semula sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam baru-baru ini.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying menyatakan bahawa Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Xi Jinping telah mengutus kawat tahniah kepada Nguyen Phu Trọng. Beliau dalam kawat tahniah itu menyatakan, China komited menggalakkan perkongsian strategik komprehensif dengan Vietnam.

Hua berkata, China dan Vietnam merupakan negara jiran yang baik dan rakan strategik komprehensif.

Hubungan dua hala mengekalkan trend perkembangan yang baik, interaksi peringkat tinggi dan kerjasama saling menguntungkan semakin meningkat, di samping pertukaran sosiobudaya bertambah erat yang membawa manfaat besar kepada rakyat kedua-dua negara.

China komited untuk melaksanakan persepakatan yang telah dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara serta mengintensifkan kerjasama strategik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China