Cari:
MH370: Kapal China sertai misi pencarian
2016-01-30 16:51:21 CRI Cetak
Sebuah kapal China akan menyertai misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang diketuai oleh kerajaan Australia.

Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata, kapal Dong Hai Jiu 101 akan menyertai tiga lagi kapal dari syarikat Dugro dari Belanda, Fugro Discovery, Fugro Equator dan Havila Harmony yang kini menjalani misi pencarian di kawasan selatan Lautan Hindi, lokasi pesawat MH370 dipercayai terhempas.

"China telah menyalurkan bantuan kira-kira AS$14 juta (RM58 juta) termasuk perkhidmatan kapal, dalam operasi tersebut," katanya.

Menurut Truss, kapal China itu akan dilengkapi sistem sonar yang boleh menyelam sedalam enam kilometer bagi membolehkan pasukan pencarian meneliti keadaan dasar laut.

Kapal Don Hai Jiu dijadualkan belayar dari Singapura ke Australia pada Ahad ini dan dijangka tiba hujung Februari.

----utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China