Cari:
Malaysia Semak Semula Unjuran Pertumbuhan Ekonomi
2016-02-01 13:29:49 CRI Cetak

Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh pada 4.5 peratus bagi tahun 2016, susut 0.5 peratus berbanding dengan unjuran yang dibuat sebelum ini.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Pengubahsuaian Bajet 2016 di Parlimen baru-baru ini mengumumkan bahawa angka tersebut adalah semakan semula daripada unjuran awal 5 peratus bagi tahun 2016.

Najib berkata, kerajaan dijangka akan menanggung defisit sekitar RM 38 bilion, iaitu 3.1 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan situasi ini mengakibatkan kerajaan tiada lebihan atau simpanan.

Selain itu, kadar hutang negara akan terus berkurangan dan tidak melebihi paras berhemat iaitu 55 peratus daripada KDNK.

Unjuran berkenaan mencerminkan kelembapan permintaan domestik pada 2015 berikutan dasar-dasar fiskal dan monetari yang lebih ketat yang dijangka berterusan pada 2016 dan 2017, selain persekitaran pertumbuhan ekonomi global yang tidak menggalakkan serta penyusutan harga minyak global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China