Cari:
Dewan Rakyat Malaysia Luluskan Penglibatan Malaysia dalam TPPA
2016-01-29 09:42:14 CRI Cetak

Mesyuarat khas Dewan Rakyat Malaysia meluluskan usul mempersetujui penglibatan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Usul itu diluluskan melalui undi belah bahagian. 127 anggota Dewan Rakyat menyokong manakala 84 lagi menolak.

Seramai 24 anggota Parlimen membahaskan usul itu yang dikemukakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Selasa lalu.

Ketika menggulung perbahasan usul itu, Datuk Seri Mustapa menegaskan, TPPA bukan perjanjian perdagangan yang dirangka oleh Amerika Syarikat semata-mata. Sebaliknya, Malaysia turut mengambil bahagian dalam merangka draf perjanjian antarabangsa itu di samping 11 negara lain.

Katanya, Malaysia tidak akan dipengaruhi oleh sistem kapitalis sekiranya menandatangani TPPA. Malah, ia juga tidak akan mengubah sistem ekonomi negara yang mengamalkan ekonomi campuran.

Lima menteri lain turut menggulung perbahasan usul itu bagi kementerian masing-masing. Kementerian yang terlibat ialah Kementerian Sumber Manusia, Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kesihatan serta Jabatan Perdana Menteri.

--RTM

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China