Cari:
Singapura Siasat 1MDB
2016-02-03 14:57:25 CRI Cetak

Pihak berkuasa Singapura membekukan beberapa akaun bank bagi menjalankan siasatan terhadap kegiatan pengubahan wang haram oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Singapura juga mengadakan sinergi dengan pelbagai negara dalam hal ini termasuk Amerika Syarikat (AS), Malaysia dan Switzerland.

Menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) dan Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura (CAD), Singapura tidak akan bertolak ansur terhadap pihak yang menggunakan sistem kewangannya sebagai perlindungan bagi kegiatan pengubahan wang haram.

Sehubungan dengan itu, 1MDB juga mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa pihaknya tidak pernah dihubungi pihak berkuasa Singapura bagi membantu siasatan.

Walau bagaimanapun, 1MDB bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa Singapura sekiranya diminta berbuat demikian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China