Cari:
Hubungan China-Malaysia Masuk "Dekad Berlian"
2016-02-03 14:58:52 CRI Cetak

Hubungan dua hala China-Malaysia yang berorientasikan permuafakatan dan berkongsi nasib telah memasuki "dekad berlian" selama 40 tahun.

Demikian dinyatakan oleh Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang dalam ucapannya pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata, pada tahun 2015, Presiden Xi Jinping telah tiga kali mengadakan pertemuan dan rundingan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri China, Li Keqiang turut membuat lawatan ke Malaysia.

Dalam pada itu, kedua-dua pihak telah mencapai persepakatan dalam isu-isu penting seperti usaha menjayakan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), menggalakkan kerjasama kapasiti pengeluaran, meningkatkan kesalinghubungan serantau dan mengintensifkan perkongsian strategik komprehensif China-Malaysia.

Tambah beliau, China kini sedang mempercepat transformasi dan penaiktarafan struktur ekonomi serta komited untuk mewujudkan masyarakat kaya menjelang tahun 2020.

Di samping itu, Malaysia juga sedang berjuang bagi merealisasikan Wawasan 2020.

Konsep pembangunan yang sepadan antara kedua-dua negara ini turut membuka pelbagai ruang kerjasama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China