Cari:
China Gembira Hubungan AS-ASEAN Berkembang Maju
2016-02-05 15:34:43 CRI Cetak

China gembira melihat hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dengan negara-negara ASEAN terus berkembang maju. Namun, perkembangan hubungan tersebut perlu bermanfaat bagi keamanan, kestabilan dan pembangunan di rantau ini. China berharap AS dapat menyediakan bantuan yang praktikal demi pembangunan mampan rantau ini.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang berkata demikian dalam sidang media semalam, ketika ditanya mengenai tindakan Presiden AS, Barack Obama mengundang pemimpin negara-negara ASEAN menghadiri Sidang Kemuncak AS-ASEAN yang bakal diadakan di California.

Seorang pegawai kanan kerajaan AS mendakwa sidang kemuncak yang disarankan Obama itu tidak menyasarkan China. Lu Kang berkata, pihaknya berharap kenyataan pegawai AS itu adalah benar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China