Cari:
PAL Tambah Laluan ke China
2016-02-06 14:42:21 CRI Cetak

Syarikat Penerbangan Filipina (PAL) sedang mengkaji rancangan bagi menambah laluan penerbangan ke China untuk memperluas pasaran di negara ini.

Kini, selain bandar Beijing, Shanghai, Guangzhou, Quanzhuo dan Xiamen, PAL merancang untuk menambah laluan penerbangan ke beberapa destinasi baharu.

Rancangan secara terperinci masih dalam penelitian.

Demikian dinyatakan oleh Presiden PAL, Jaime Bautista baru-baru ini.

Menurut statistik Jabatan Pelancongan Filipina, jumlah pelancong China ke Filipina mencatat lebih 415 ribu orang dalam tempoh antara Januari hingga November tahun lalu, menduduki 9.46 peratus jumlah pelancong asing ke negara itu.

China merupakan sumber pelancong yang keempat terbesar bagi Filipina.

PAL berharap jumlah pelancong China ke Filipina terus meningkat pada tahun 2016.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China