Cari:
300 Ribu Pelancong China Banjiri Thailand
2016-02-08 15:23:08 CRI Cetak

Kira-kira 300 ribu rakyat China dijangka akan membanjiri Thailand dalam musim cuti perayaan sempena Tahun Baharu Cina (TBC) pada tahun ini.

Pengarah Pejabat Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) di Kunming, provinsi Yunnan, Pinnat Charoenphol berkata, jumlah pelancong China yang akan melancong ke Thailand semasa TBC tahun ini dijangka meningkat 10 peratus hingga 13 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Oleh itu, tiket pergi balik bagi penerbangan terus antara China dengan Thailand hampir habis dijual.

Beberapa bandar seperti Hangzhou dan Guangzhou telah menambah penerbangan ke Thailand, yang turut mencerminkan keterujaan pelancong China terhadap negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China