Cari:
Tarikh 17 Mac Pilih Presiden Baharu Myanmar
2016-02-09 15:59:34 CRI Cetak

Pemilihan Presiden Myanmar ditetapkan pada 17 Mac depan, lebih awal berbanding dengan tarikh akhir pada 1 April, sekali gus menunjukkan parti pimpinan ikon demokrasi, Aung San Suu Kyi, Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) dan pihak tentera memerlukan masa lebih lama untuk berunding daripada yang dirancang.

Pemimpin kanan NLD, Mahn Win Khaing Than berkata, pihaknya mahu mengadakan pemilihan itu pada bulan Februari, namun Parlimen menetapkan proses pengundian perlu diadakan dua minggu sebelum kerajaan baharu memulakan pentadbiran pada 1 April.

Parti NLD mencatat sejarah apabila memenangi pilihan raya umum pada 8 November lalu dengan kemenangan besar apabila meraih kira-kira 80 kerusi Parlimen.

Namun, rundingan antara NLD dengan pihak tentera masih menemukan jalan buntu, terutamanya dalam isu pembentukan kerajaan baharu dan peralihan kuasa termasuk isu membenarkan Aung San Suu Kyi bertanding kerusi Presiden, walaupun beliau tidak layak kerana berkahwin dengan rakyat asing.

--Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China