Cari:
Najib Hadiri Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN-AS
2016-02-11 15:08:22 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Fokus lawatan selama tujuh hari itu adalah untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN-AS yang diadakan di Sunnylands, California.

Dimaklumkan, ketika Sidang Kemuncak Pe­mimpin ASEAN-AS kali ke-3 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 21 November tahun lalu, Presiden AS, Barack Obama te­lah mengundang semua pemimpin ASEAN untuk menghadiri sidang kemuncak berkenaan di AS.

Sidang kemuncak tahun ini akan memfokuskan usaha mempromosikan inovasi dan keusa­hawanan Komuniti Ekonomi ASEAN, di samping isu keamanan, kemakmuran dan keselamatan di rantau Asia Pasifik.

Kementerian Luar Malaysia turut memaklumkan, tujuan sidang kemuncak tersebut adalah untuk memperingati peningkatan hubungan strategik ASEAN-AS, sekali gus memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China