Cari:
Perniagaan di Sempadan China-Vietnam Sempena TBC Berjalan Seperti Biasa
2016-02-11 14:23:29 CRI Cetak

Bandar Dongxing, Guangxi China yang bersempadan dengan Mong Cai, Vietnam merupakan satu-satunya bandar yang menghubungkan China dengan ASEAN melalui laut dan darat.

Sempena Tahun Baharu Cina (TBC), premis perniagaan di bandar Dongxing yang terletak bersebelahan dengan Mong Cai beroperasi seperti hari biasa, malah lebih meriah.

Pelancong dalam negeri juga telah merancakkan perniagaan di bandar itu.

Menurut pihak Kastam Nanning, Guangxi China, perdagangan dalam jumlah kecil di sempadan tetap mengekalkan pertumbuhan. Import dan eksport perdagangan dalam jumlah kecil di kawasan sempadan mencatat jumlah RMB 105.97 bilion (RM 66.5 bilion) pada 2015, meningkat 17.1 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun sebelumnya. Angka ini menduduki 33.3 peratus daripada jumlah perdagangan luar Guangxi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China