Cari:
Keturunan Cina Myanmar Adakan Persembahan TBC
2016-02-13 15:40:59 CRI Cetak

Persembahan merayakan Tahun Baharu Cina (TBC) diadakan di Yangon, Myanmar pada 8 Februari lalu. Duta Besar China ke Myanmar, Hong Liang, Pengerusi Kehormat parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), U Tin Oo, Presiden Persatuan Persahabatan Myanmar-China, U Sein Winn Aung bersama-sama 1000 wakil keturunan Cina menonton persembahan tersebut.

Hong Liang berkata, kehadiran sahabat dari kerajaan, parti, dan persatuan persahabatan Myanmar pada persembahan itu menandakan sokongan pelbagai lapisan masyarakat Myanmar terhadap persembahan itu, dan juga menandakan suasana harmoni pelbagi kaum di negara itu.

U Tin Oo menyatakan, hubungan Myanmar dengan China mengekalkan perkembangan yang baik walaupun situasi dunia sering berubah. Beliau berharap kedua-dua negara dapat berganding bahu untuk menggalakkan hubungan dua hala terus berkembang.

Pihak penganjur persembahan itu, Zhang Wenqin berkata, perayaan TBC di Myanmar bukan sahaja untuk mengucapkan selamat tahun baharu kepada golongan tua, tetapi juga untuk menyebarkan kebudayaan TBC kepada generasi muda.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China