Cari:
Vietnam antara Destinasi Pilihan Pelancong China Sempena TBC
2016-02-15 13:31:58 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Jumlah pelancong China yang keluar negara dari pintu sempadan Dongxing, Pingxiang dan Longbang, wilayah Guangxi dalam tempoh cuti umum sempena Tahun Baharu Cina (TBC) 2016 meningkat sekali ganda berbanding dengan tempoh yang sama tahun 2015. Pada 8 hingga 10 Februari lalu, jumlah pelancong China yang keluar dari pintu sempadan Dongxing, Guangxi mencecah 10 ribu orang. Kebanyakan pelancong menuju ke Vietnam, Singapura, Malaysia dan Thailand.

Demikian dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Guangxi China semalam.  

Kini, prosedur untuk menguruskan pas sempadan ke Vietnam semakin mudah, dan pas berkenaan boleh diberikan kepada pelancong China yang melancong secara berkumpulan dengan minimum tiga orang. Menurut statistik pos sempadan Dongxing, setakat malam 13 Februari lalu, sebanyak 2,700 kumpulan yang melibatkan 25 ribu orang pelancong China telah mengunjungi bandar Mong Cai, Vietnam sempena TBC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China