Cari:
Laluan Penerbangan antara Denpasar dengan Changsha dan Wuhan Dibuka
2016-02-15 13:48:18 CRI Cetak

Bermula 25 Januari lalu, syarikat penerbangan tambang murah Indonesia, Lion Air telah menawarkan laluan penerbangan antara Denpasar, Bali Indonesia dengan bandar Changsha dan Wuhan China.

Pengarah Umum Lion Air, Edward Sirait menyatakan bahawa perhidmatan penerbangan baharu itu dijangka akan disediakan kepada hampir 500 ribu orang penumpang menjelang penghujung tahun ini. Syarikat tersebut menambah laluan penerbangan di China berikutan peningkatan bilangan pelancong China dan potensi pasaran China yang amat besar. Sekiranya laluan penerbangan baharu itu berjaya, Lion Air akan menawarkan penerbangan baharu antara Indonesia dengan bandar-bandar China yang lain.

Dalam perkembangan lain, pada 25 Januari hingga 31 Mac, Syarikat Lion Air membuka semula perkhidmatan penerbangan sewa khas ke bandar Chongqing, Nanchang, Nanning, Hong Kong, Urumqi dan Haerbin China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China