Cari:
Rombongan Kesenian China Lawat Sarawak
2016-02-16 17:41:54 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Menteri Kewangan II negeri Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh

Kerajaan negeri Sarawak Malaysia mengadakan persembahan tarian pelbagai kaum tempatan malam semalam bagi mengalu-alukan kedatangan rombongan kesenian "Si Hai Tong Chun" dari China.

Persembahan kali ini turut dihadiri oleh Naib Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Persatuan Pertukaran Seberang Laut China (COEA) yang juga ketua rombongan kesenian China tersebut, Zhu Liu, Menteri Kewangan II negeri Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh serta wakil-wakil daripada persatuan Cina tempatan.

Zhu Liu memaklumkan bahawa rombongan kesenian "Si Hai Tong Chun" China merupakan jenama yang dibangunkan oleh COEA untuk mempromosikan kebudayaan China kepada negara lain. Aktiviti tersebut bertujuan untuk menyampaikan selamat Tahun Baharu Cina (TBC) daripada kerajaan China kepada masyarakat Cina tempatan bagi membolehkan mereka menghayati kebudayaan China yang membawa konotasi yang mendalam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China