Cari:
Indonesia dan Thailand Perkukuh Perdagangan Dua Hala
2016-02-16 13:29:07 CRI Cetak

Baru-baru ini, Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi dan rakan sejawatnya dari Thailand, Don Pramudwinai mengadakan pertemuan di Jakarta bagi menyatakan hasrat kedua-dua pihak untuk meningkatkan kerjasama ekonomi.

Retno memaklumkan bahawa beliau dan Pramudwinai telah membincangkan isu ekonomi dan perdagangan, pelaburan, pelancongan, industri penerbangan dan keselamatan makanan dalam pertemuan itu. Pramudvinai berharap agar kedua-dua negara dapat menetapkan matlamat bagi memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala agar menjadi teladan kepada negara ASEAN yang lain.

Menurut data Kementerian Perdagangan Indonesia, perdagangan Thailand-Indonesia mula merosot sejak tahun 2012. Perdagangan dua hala mencatat USD 12.5 bilion pada bulan Januari hingga November tahun 2015, merosot 13 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun 2014.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China