Cari:
Singapura Peringati Mangsa Korban Penjajahan Jepun
2016-02-16 13:33:13 CRI Cetak

Dewan Perniagaan dan Industri Cina Singapura (SCCCI) mengadakan upacara memperingati rakyat yang terkorban semasa penjajahan Jepun di pusat bandar Singapura semalam, serentak dengan Hari Pertahanan Seluruh Singapura.

Upacara tersebut telah dihadiri lebih seribu orang antaranya termasuklah wakil pegawai kerajaan, diplomat asing, bekas tentera, tokoh agama, anggota keluarga mangsa dan para pelajar.

SCCCI telah memulakan upacara tersebut sejak 49 tahun yang lalu.

Pada pukul 9.30 pagi, pasukan keselamatan Singapura menunjukkan "tanda aman" yang bermaksud semoga peperangan tidak akan berulang. Kemudian, para hadirin meletakkan kalungan bunga di tugu peringatan dan bertafakur selama seminit.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China