Cari:
Projek Kereta Api China-Thailand Dijangka Ditandatangani Tahun ini
2016-02-17 11:04:45 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Menurut akhbar Nation Newspaper Thailand, projek pembinaan kereta api China-Thailand dijangka akan ditandatangani pada tahun ini.

Rundingan pusingan baharu antara kedua-dua negara berhubung dengan projek tersebut dilaporkan bakal diadakan di Beijing dalam masa terdekat ini.

Sebelum ini, akhbar Bangkok Post melaporkan bahawa Menteri Pengangkutan dan Menteri Kewangan Thailand ketika mengadakan lawatan ke China pada akhir bulan Januari lalu telah mengemukakan cadangan untuk menukar laluan Nakhon Ratchasima-Nong Khai dalam projek tersebut daripada dua rel kepada satu rel.

Selain itu, kedua-dua pihak juga membincangkan urusan pengagihan saham syarikat usahasama China dan Thailand serta kos pembinaan projek tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China