Cari:
Sidang Kemuncak ASEAN-AS Berakhir
2016-02-17 14:14:29 CRI Cetak

Sidang Kemuncak ASEAN-AS yang berlangsung selama dua hari berakhir di California AS semalam waktu tempatan. Sidang kali ini telah memberikan tumpuan kepada isu ekonomi dan keselamatan politik.

Deklarasi bersama yang dikeluarkan selepas sidang itu berakhir menegaskan prinsip kerjasama AS dengan ASEAN pada masa depan yang merangkumi pembangunan ekonomi, keselamatan serantau dan kerjasama rentas sempadan. Presiden AS, Barack Obama mengumumkan pelancaran projek baharu yang disebut "Ikatan AS-ASEAN" bagi meningkatkan kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang ekonomi, perdagangan dan penggalakkan inovasi.

Dalam isu keselamatan rantau Asia Pasifik dan Laut China Selatan, deklarasi tersebut turut menyatakan bahawa kedudukan penting ASEAN dalam membentuk rangka kerja utama pelbagai hala di rantau Asia Pasifik hendaklah dihormati.

Selain itu, kedua-dua pihak juga berharap dapat menjalinkan kerjasama dalam usaha menangani perubahan iklim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China