Cari:
Sidang Kemuncak Ulang Tahun ke-25 Hubungan Dialog China-ASEAN Dijadualkan September
2016-02-18 11:53:12 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sidang Kemuncak Memperingati Ulang Tahun ke-25 Hubungan Dialog China-ASEAN dijadualkan pada bulan September tahun ini.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata demikian dalam sidang media di Beijing semalam.

Hong Lei berkata, China sentiasa komited untuk meningkatkan hubungan dengan ASEAN dan mengalu-alukan ASEAN mengadakan kerjasama muhibah dengan semua rakan dialognya demi menjamin kedamaian, kestabilan dan pembangunan serantau.

Beliau berkata, China merupakan rakan dialog yang paling istimewa bagi ASEAN. Tahun ini bukan sahaja merupakan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan dialog antara China dengan ASEAN, malah tahun interaksi pendidikan antara kedua-dua pihak. China menanti-nantikan bekerjasama dengan ASEAN bagi memperdalam kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang demi meraikan hubungan dua hala memasuki tahap baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China