Cari:
China Alu-alukan Perkembangan Hubungan AS-ASEAN
2016-02-18 13:45:58 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei menyatakan bahawa seperti yang dinyatakan oleh China sebelum ini, China mengalu-alukan perkembangan positif hubungan Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara ASEAN dan yakin bahawa hubungan tersebut dapat membantu meningkatkan kerjasama pelbagai pihak serta bermanfaat demi kestabilan dan pembangunan rantau ini.

Menurut Hong, China sedar terdapat negara yang cuba menimbulkan spekulasi tentang isu Laut China Selatan dalam Sidang Kemuncak AS-ASEAN baru-baru ini, namun tidak mendapat sokongan kebanyakan negara ASEAN kerana tindakan itu hanya akan menjejaskan kesalingpercayaan bahkan mengganggu kegiatan pelbagai negara di rantau ini yang mahukan kedamaian dan kestabilan di kawasan perairan Laut China Selatan. China bersedia untuk memainkan peranan yang membina bagi memelihara keamanan serantau dan menggalakkan penyelesaian pertikaian berkenaan secara damai.

Hong Lei menyatakan bahawa AS bukan negara yang terlibat dengan isu Laut China Selatan, sepatutnya perlu berbicara dan bertindak dengan hati-hati demi menyediakan suasana yang kondusif kepada negara-negara berkenaan menyelesaikan pertikaian melalui musyawarah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China