Cari:
Persembahan Sambutan TBC di Samarang Indonesia
2016-02-18 14:26:23 CRI Cetak

Persembahan Riang Ria Tahun Baharu Cina anjuran bersama Konsulat Besar China di Surabaya dan Dewan Persatuan Tiongkok Indonesia Samarang telah diadakan di Samarang malam semalam.

Seramai lebih 1800 hadirin, termasuk Duta Besar China ke ASEAN, Xu Bu telah menyaksikan persembahan kebudayaan yang dipersembahkan oleh penghibur hebat dari Indonesia dan China.

Xu Bu dalam ucapannya berkata, Laksamana Cheng Ho pernah dua kali singgah di Samarang pada lebih 600 tahun yang lalu, maka sesiapa yang berkunjung ke Samarang pada ketika ini pasti dapat menikmati tinggalan kebudayaan China yang masih diwarisi di sini. Beliau yakin dengan kolaborasi antara orang keturunan Cina dan perantau China, interaksi dan kerjasama antara China dengan ASEAN dan China dengan Indonesia dalam pelbagai bidang dapat terus dipererat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China