Cari:
AS, Rakan Dagang Terbesar Vietnam
2016-02-19 14:36:06 CRI Cetak

Sejak kebelakangan ini, seiring dengan peningkatan jumlah perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dengan Vietnam, AS telah menjadi rakan dagang terbesar bagi Vietnam. Jumlah perdagangan kedua-dua negara dijangka mencecah USD 40 bilion pada tahun 2015.

Kementerian Industri dan Perdagangan Vietnam menyatakan bahawa negaranya memasuki pasaran AS bermula pada tahun 1995. Ketika kedua-dua negara menandatangani perjanjian perdagangan dua hala pada tahun 2000, jumlah eksport Vietnam ke AS mencatat USD 800 juta.

AS pula banyak mengimport pakaian, produk elektronik, kasut, beras dan hasil laut dari Vietnam hingga berkembang menjadi negara pengimport terbesar bagi Vietnam sekarang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China