Cari:
Peserta Industri Runcit Malaysia Digesa Manfaatkan AEC
2016-02-20 16:23:03 CRI Cetak

Pembentukan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) memberi peluang besar kepada sektor runcit untuk berkembang dan ini harus dimanfaatkan oleh peserta industri Malaysia, kata Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Ketika berucap pada jamuan Tahun Baharu Cina MRCA malam semalam, Liow Tiong Lai berkata, amat penting bagi peruncit mengikuti perkembangan industri, bukan sahaja dalam Malaysia tetapi juga dalam rantau ASEAN.

Menurut Liow, pasaran Malaysia berkembang ke AS, Kanada, Mexico, Australia, New Zealand dan Jepun. Justeru, dengan penubuhan AEC, perdagangan akan meningkat dalam rantau Asia Pasifik.

Mengenai perkembangan Pelan Induk Logistik dan Fasilitasi Perdagangan Malaysia yang dilancar tahun 2015, beliau berkata sebuah pasukan petugas antara kementerian iaitu Pasukan Petugas Logistik Negara telah ditubuhkan selain pembentukan Bahagian Logistik di kementerian, bagi terus memacu dan memantau pelaksanaan pelan induk itu. Usaha bersama itu bertumpu kepada rangsangan ekonomi termasuk sektor runcit menerusi lima tonggak strategik yang digariskan di bawah pelan induk tersebut.

(sumber:Bernama)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China