Cari:
Keadaan di Kuala Lumpur Terkawal
2016-02-22 14:23:30 CRI Cetak

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa dalam kenyataan semalam memberi jaminan bahawa keselamatan di sekitar Kuala Lumpur terkawal dan tiada maklumat berkaitan ancaman pengganas diterima.

Menurut beliau, rondaan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) giat dijalankan di kawasan tumpuan ramai.

Orang ramai tidak perlu risau, namun diingatkan untuk sentiasa berwaspada terhadap sebarang tindakan yang mencurigakan.

Terdahulu, kerajaan Australia mengeluarkan amaran kepada rakyatnya yang berada di Malaysia agar berwaspada dengan ancaman pengganas yang mungkin berlaku di sekitar Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan tersebut, ancaman serangan itu mungkin menyasarkan kawasan yang sering dikunjungi warga asing, khususnya pelancong Barat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China