Cari:
Program Pemimpin ASEAN Bakal Bermula
2016-02-22 12:53:46 CRI Cetak

Program Pemimpin ASEAN akan dimulakan pada bulan Mei nanti untuk mempercepat proses integrasi pertubuhan tersebut.

Pengarah Eksekutif Yayasan ASEAN, Elaine Tan berkata, matlamat program tersebut adalah untuk membantu meningkatkan hubungan dan mempelbagaikan saluran komunikasi antara pemimpin negara-negara ASEAN bagi menangani cabaran dan isu baharu dalam proses integrasi serantau.

Kumpulan pertama bagi program tersebut terdiri daripada 70 anggota daripada pelbagai sektor termasuk kewangan, pembuatan, akademik dan khidmat sosial.

Mereka akan berkongsi pengalaman dan menggariskan pelan tindakan kerjasama yang memfokuskan "cara untuk membangunkan kota pintar".

Program tersebut juga melibatkan institusi pengajian tinggi yang membolehkan para mahasiswa mengadakan dialog dengan pemimpin pelbagai sektor.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China