Cari:
Jepun Bekalkan Kelengkapan Ketenteraan kepada Filipina
2016-02-29 14:13:47 CRI Cetak

Menurut laporan NHK, kerajaan Jepun akan memeterai perjanjian kerjasama teknologi ketenteraan dengan Filipina minggu ini bagi melancarkan proses pemindahan kelengkapan ketenteraan kepada Filipina.

Kedua-dua negara itu telah mencapai konsensus berkenaan sempena Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada November lalu sebelum mengadakan siri mesyuarat kumpulan kerja tentang perkara tersebut.

Perjanjian tersebut merupakan perjanjian kerjasama teknologi ketenteraan yang pertama antara Jepun dengan Filipina, ia yang akan memberikan kebenaran kepada Jepun untuk membekalkan kelengkapan dan peralatan ketenteraan kepada Filipina.

Jepun kini telah memeterai perjanjian yang sama dengan Amerika Syarikat (AS), Australia, Britain dan Perancis.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China