Cari:
Prospek Hubungan China-ASEAN Cerah
2016-03-01 11:44:11 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi ditemui Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan di Beijing semalam.

Wang Yi berkata, tahun ini merupakan tahun pertama setelah terjalinnya perkongsian strategik komprehensif China-Singapura yang menyediakan pelbagai peluang keemasan kepada kedua-dua negara. Kedua-dua pihak harus menjayakan beberapa projek utama antaranya kerjasama kesalinghubungan dan logistik di bandar Chongqing iaitu projek kerjasama antara kerjaan ketiga; memuktamadkan rundingan penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-Singapura pada tahun ini; dan bersama-sama membina Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 dengan memanfaatkan peranan Singapura sebagai wadah kewangan antarabangsa.   

Wang Yi memanbah, pelbagai aktiviti akan diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan dialog China-ASEAN dan beliau berharap agar Singapura memainkan peranan dalam penyelarasan hubungan China-ASEAN.

Dr. Vivian Balakrishnan pula berkata, Singapura bersedia untuk mengekalkan tradisi persahabatan peringkat tinggi dengan China, menyertai pembinaan Jalur & Laluan (B&R) dan bersedia untuk memainkan peranan menyelaraskan hubungan China-ASEAN demi menggalakkan hubungan kedua-dua pihak dipertingkat lagi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China