Cari:
Pendapatan Pelancongan Singapura Menurun
2016-03-01 11:25:19 CRI Cetak

Menurut kenyataan Lembaga Pelancongan Singapura, jumlah kedatangan pelancong asing ke negara itu mencatat 15.2 juta orang pada tahun 2015, meningkat 0.9 peratus berbanding tahun sebelumnya. Namun pendapatan industri pelancongan buat pertama kalinya menurun sejak tahun 2009, iaitu mencatat SGD 22 bilion (RM 65.5 bilion), menurun 6.8 peratus, ini berikutan ketidaktentuan situasi ekonomi global dan pasaran mata wang utama yang kurang rancak.

Kenyataan tersebut juga membuat unjuran bahawa jumlah pelancong asing pada tahun 2016 antara 15.2 hingga 15.7 juta orang, meningkat 3 peratus, manakala pendapatan pelancongan dijangka mencatat SGD 22 hingga 22.4 bilion, dengan peningkatan sebanyak 2 peratus.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China