Cari:
Rusia Bakal Bina Kilang Senjata di Thailand
2016-03-02 14:40:45 CRI Cetak

Akhbar Bangkok Post melaporkan Thailan dan Rusia akan meningkatkan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi ketenteraan. Ini akan membolehkan Thailand membeli lebih banyak senjata daripada Rusia, terutamanya kereta kebal.

Persetujuan itu dicapai sempena Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Thailand, Prawit Wongsuwan mengadakan lawatan rasmi ke Rusia dan Belarus pada 23 hingga 27 Februari lalu.

Dalam lawatan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk meningkatkan interaksi ketenteraan dan latihan tentera bersama.

Pihak Rusia telah meluahkan hasrat untuk membina kilang senjata di Thailand. Prawit menyatakan bahawa perkara tersebut masih perlu dibincangkan lagi. Beliau percaya cadangan itu akan memberikan manfaat kepada Thailand.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China