Cari:
China dan ASEAN Mampu Pelihara Kedamaian dan Kestablian Laut China Selatan
2016-03-03 14:44:43 CRI Cetak
Jurucakap Kementerian Luar China Hong Lei dalam sidang akhbar semalam menggesa Amerika Syarikat (AS) berhenti daripada menyebarkan spekulasi yang mengelirukan mengenai isu Laut China Selatan. China dan ASEAN berkeupayaan untuk sama-sama memelihara keamanan dan kestabilan Laut China Selatan.

Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter baru-baru ini menyatakan bahawa China tidak patut menjalankan tindakan ketenteraan di Laut China Selatan, dan membantah kegiatan termasuk menempatkan peluru berpandu pertahanan udara di kepulauan Nansha.

Hong Lei ketika mengulas kenyataan Carter tersebut berkata, penempatan kemudahaan pertahanan di wilayah China sendiri adalah hak pertahanan diri yang sah berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Sebaliknya, tindakan AS yang sentiasa meningkatkan penempatan dan latihan ketenteraan di Laut China Selatan merupakan faktor utama yang merumitkan ketegangan di rantau tersebut.

Tambah beliau, China dan ASEAN berkeyakinan untuk terus bersama-sama memelihara keharmonian dan kestabilan Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China