Cari:
Indonesia Batal Amaran Tsunami di Sumatera
2016-03-03 14:47:04 CRI Cetak

Menurut pegawai Indonesia semalam, pihak berkuasa telah membatalkan amaran tsunami ekoran gempa bumi sekuat 7.8 pada skala Richter yang menggegarkan pantai barat Pulau Sumatera sebelum ini.

Setakat ini, belum ada laporan tentang kemalangan jiwa dan kecederaan dalam gempa tersebut.

Gempa bumi pada pukul 7.54 malam waktu tempatan (8.54 malam waktu Malaysia) itu berlaku di kawasan perairan yang terletak kira-kira 636 kilometer di barat daya Padang, bandar terbesar di Sumatera Barat.

Selepas gegaran tersebut, Jabatan Meteorologikal and Geofisikal Indonesia (BMKG) telah memantau gelombang tsunami setinggi 5 sentimeter di pantai Padang, Sumatera Barat dan gelombang setinggi 10 sentimeter di Kepulauan Cocos, Autstralia.

Pada ketika ini, amaran tsunami telah dibatalkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China