Cari:
Filipina Kutuk Serangan di Zamboanga
2016-03-03 13:51:03 CRI Cetak

Kementerian Luar Filipina mengeluarkan kenyataan semalam yang mengutuk insiden serangan terhadap sarjana dan diplomat Arab Saudi di bandar Zamboanga, selatan negara itu semalam.

Menurut kenyataan itu, Filipina mengutuk sebarang serangan kegiatan kekerasan yang apa jua bentuk, khususnya serangan di kampus.

Sarjana terkenal Arab Saudi, Sheikh al-Qarni dan diplomat dari kedutaan besar Arab Saudi cedera ditembak dalam serangan di stadium Western Mindanao State University apabila meninggalkan tempat tersebut selepas memberikan syarahan.

Menurut polis bandar Zamboanga, penyerang yang berumur 21 tahun itu merupakan mahasiswa fakulti kejuruteraan di universiti tersebut. Penyerang itu telah ditembak mati oleh polis, manakala dua orang rakannya turut ditahan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China