Cari:
Pelaburan China Kekal Hangat di Malaysia
2016-03-04 15:21:07 CRI Cetak

Berdasarkan laporan Prestasi Pelaburan Malaysia 2015 yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pe­laburan Malaysia (MIDA) baru-baru ini, jumlah projek pelaburan China di negara itu mencatat angka 17 dan China merupakan sumber pelaburan asing keempat terbesar bagi Malaysia.

Malaysia merupakan rakan dagang ASEAN terbesar bagi China dan jumlah pelaburan dua hala melebihi USD 100 bilion (RM 414.2 bilion) pada tahun 2014.

Pelaburan China di Malaysia kian meningkat dengan inisiatif "Jalur & Laluan" (B&R) sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut statistik Kementerian Perdagangan China, pelaburan langsung bukan kewangan China di Malaysia pada tahun 2015 mencatat USD 408 juta (RM 1.69 bilion), meningkat 237 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya.

"Pelaburan China" telah menjadi perkataan hangat bagi sektor ekonomi Malaysia pada tahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China