Cari:
Warga China Diserang di Laos
2016-03-04 15:24:26 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei memberikan taklimat tentang insiden warga China diserang di Laos semalam.

Hong Lei berkata, sebuah kawasan yang menjalankan aktiviti pembalakan di kaunti Phoukhoun, Luang Prabang diserang oleh sekumpulan bersenjata yang tidak diketahui identitinya sehingga mengakibatkan seorang pekerja warga China terkorban, manakala 3 lagi cedera.

Menurut Hong Lei, Konsulat Jeneral China di Luang Prabang segera menghantar pegawai untuk menziarahi pekerja China tersebut di hospital dan menuntut pihak berkuasa Laos menyediakan rawatan serta menyiasat insiden itu secepat mungkin.

China berharap agar Laos mengambil langkah yang efektif bagi menjamin keselamatan, hak dan kepentingan warga China di negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China