Cari:
China Memeriksa Kes Merompak
2016-03-05 12:57:28 CRI Cetak

Kedutaan Besar China ke Thailand sedang mengetahui dan memeriksa kes merompak yang disyaki dilakukan oleh warga China di Thailand.

Pegawai dari Kedutaan Besar China ke Thailand berkata, mereka yang melakukan tindakan jenayah dan kegiatan yang mengancam ketenteraman masyarakat patut dikenakan tindakan yang sewajarnya, tidak kira dilakukan di mana-mana negara. China menyokong pihak berkuasa Thailand menyiasat kes ini di samping memastikan hak asas suspek terlibat terjamin. Menurutnya lagi, warga China wajib mematuhi undang-undang ketika berada di negara-negara berkenaan.

Menurut laporan media tempatan, empat perompak ditahan oleh polis setelah gagal merompak sebuah kedai pistol di Bangkok semalam. Polis Thailand mensyaki mereka warga China kerana mereka bertutur dalam bahasa China dan seorang daripadanya memiliki pasport China.

Menurut undang-undang Thailand, warga asing tidak dibenarkan memiliki, membeli atau menjual senjata api di negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China