Cari:
Singapura Keluarkan Pelan Tindakan Penuaan Berjaya
2016-03-14 13:56:42 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Singapura mengeluarkan Pelan Tindakan Penuaan Berjaya baru-baru ini. Pelan tindakan tersebut merangkumi lebih 70 program yang melibatkan 12 bidang, antaranya termasuklah perubatan, perkhidmatan penjagaan kesihatan, persaraan, perumahan, pengangkutan dan lain-lain.

Kerajaan dilaporkan akan memperuntukkan 3 bilion dolar Singapura (SGD) kepada Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Tenaga Manusia Singapura bagi menggalakkan pelaksanaan pelan tindakan tersebut.

Pelan tindakan tersebut bertujuan untuk menginovasi konsep persaraan sosial yang membolehkan warga emas mempunyai peluang untuk terus bekerja, belajar dan mencari pengalaman, sekali gus mewujudkan masyarakat yang menghargai warga emas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China