Cari:
Thailand Fokus Pengubahsuaian Struktur Ekonomi China
2016-03-14 15:11:18 CRI Cetak

Baru-baru ini, Pusat Penyelidikan Kaitai Thailand mengeluarkan laporan penyelidikan yang bertajuk "Dua Persidangan China: Penekanan pada Pengubahsuaian Struktur Ekonomi dengan Sasaran 6.5%-7%".

Laporan itu menunjukkan bahawa penetapan 6.5 peratus sebagai sasaran pertumbuhan ekonomi yang paling rendah bagi tahun 2016 membuktikan keyakinan kerajaan China bahawa ekonomi tidak akan mengalami kemerosotan lagi atau menghadapi sebarang krisis pada tahun ini, dan dalam masa yang sama China telah menemui kaedah penyelesaian yang efektif bagi menangani masalah yang menjejaskan prestasi pertumbuhan ekonomi.

Laporan tersebut turut menegaskan bahawa Thailand perlu melaksanakan penyesuaian jangka pendek dan jangka panjang mengikut dasar dan situasi ekonomi China. Syarikat-syarikat Thailand bukan sahaja perlu mengawal kos dengan berkesan, malah perlu meneroka urus niaga baharu dalam pasaran China.

Selain itu, syarikat Thailand perlu bersedia untuk menghadapi perubahan pada ekonomi China dan dapat mengeluarkan produk yang memenuhi keperluan pembangunan perindustrian China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China