Cari:
Timbalan Presiden Indonesia Menanti-nanti Lawatan ke China
2016-03-15 14:12:36 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Duta Besar China ke Indonesia, Xie Feng mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla pada minggu lalu.

Dalam pertemuan itu, Xie Feng mengalu-alukan kehadiran Kalla atas undangan China dalam sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2016 yang bakal diadakan di Hainan pada 22 hingga 25 Mac ini dan turut mengadakan lawatan ke Guangzhou. Lawatan Kalla diyakini bukan sahaja menyuntik kedinamikan untuk menjayakan BFA 2016, malah akan menggalakkan kerjasama dan pertukaran antara Indonesia dengan China dan negara-negara serantau.

Kalla mengucapkan terima kasih atas undangan China dan menyatakan bahawa beliau menanti-nantikan sidang tahunan BFA 2016 dan kunjungan ke Guangzhou. Beliau berharap agar dapat memahami pencapaian baharu pembangunan China melalui lawatan kali ini dan menaiktarafkan hubungan mesra yang sedia terjalin antara China dan Indonesia, di samping mempergiat kerjasama yang saling menguntungkan antara Indonesia dengan negara-negara serantau termasuk China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China