Cari:
Vietnam Dilanda Kemarau Paling Teruk
2016-03-15 15:08:16 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Vietnam yang turut dilanda fenomena El Nino sedang mengalami kemarau yang paling teruk sejak 90 tahun yang lalu. Hampir sejuta penduduk tempatan mengalami masalah kekurangan air minuman setiap hari, hampir 160 ribu hektar sawah padi terjejas dan jumlah kerugian dalam sektor ekonomi akibat kemarau tersebut dianggarkan mencecah USD 10.5 juta.

Demikian menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) pada 14 Mac lalu.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric di ibu pejabat PBB di New York berkata, PBB telah memberikan amaran kepada rakan-rakan sekerja PBB di Vietnam bahawa wilayah Delta Sungai Mekong Vietnam sedang mengalami kemarau dan salinisasi tanah yang amat serius. Sebanyak 39 wilayah daripada 63 wilayah di Vietnam dilanda bencana alam tersebut.

Kini, sepuluh wilayah Vietnam yang dilanda kemarau paling teruk telah mengisytiharkan keadaan darurat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China