Cari:
China Sampaikan Ucapan Tahniah kepada Presiden Baharu Myanmar
2016-03-16 10:47:12 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China menyampaikan ucapan tahniah kepada Htin Kyaw yang dipilih sebagai Presiden Myanmar yang baharu.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang berkata demikian dalam sidang media di Beijing semalam.

Lu Kang berkata, China dan Myanmar merupakan negara jiran yang akrab dan menjalinkan persahabatan tradisional "Pauk-Phaw" yang kukuh, memperluas kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang selaras dengan hasrat bersama rakyat kedua-dua negara. China menanti-nantikan kerjasama dengan kerajaan baharu Myanmar. China akan terus mengamalkan dasar persahabatan dengan Myanmar, menyokong usaha negara itu untuk memelihara kestabilan, mempercepat pembangunan negara dan menggalakkan proses perdamaian etnik.

Menurut Lu, dengan usaha bersama kedua-dua negara, perkongsian strategik komprehensif antara China dengan Myanmar diyakini akan diperkukuh dan ditingkatkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China