Cari:
Beberapa Subforum Bakal Diadakan Sempena BFA 2016
2016-03-16 14:37:42 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Terdapat 18 aktiviti bertema dijadualkan akan diadakan dalam tempoh berlangsungnya sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2016. Di samping itu, beberapa subforum, termasuk forum "Ekonomi Kepulauan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21" turut diadakan sempena BFA kali ini.

Demikian dimaklumkan dalam sesi taklimat sidang tahunan BFA 2016 semalam.

Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Provinsi Hainan, Dai Zhen berkata, Hainan akan mengatur dan menganjurkan tiga subforum berkaitan dengan politik dan diplomasi, selain mengadakan lima subforum rasmi dalam tempoh berlangsungnya sidang tahunan BFA pada tahun ini.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan dialog antara China dengan ASEAN. Aktiviti "Dialog antara Gabenor Provinsi dan Datuk Bandar China-ASEAN" yang bertemakan "peranan kerajaan tempatan dalam kerjasama kapasiti pengeluaran antarabangsa" akan membincangkan kaedah untuk menggalakkan inisiatif kerajaan tempatan dalam kerjasama kapasiti pengeluran agar kerjasama tersebut memainkan peranan yang sebenar dan memastikan hasil berkenaan dinikmati oleh semua rakyat China dan ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China