Cari:
Perdana Menteri Malaysia Kutuk Serangan Bom di Turki
2016-03-16 15:17:49 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk sekeras-kerasnya insiden pengeboman di Ankara, Turki pada Ahad lepas, dan menyampaikan rasa simpati kepada kerajaan Turki dan keluarga mangsa.

Najib menyatakan demikian menerusi status terkini Facebook beliau semalam susulan insiden letupan kereta di Ankara yang mengorbankan sekurang-kurangnya 34 orang.

Beliau berkata, terdapat keperluan bagi kerajaan untuk memperhebat usaha dalam kerjasama risikan antarabangsa demi memerangi keganasan.

Malaysia turut menghadapi ancaman pengganas kumpulan militan "Negara Islam" (IS).

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menumpaskan percubaan 13 anggota kumpulan militan IS yang merancang untuk menculik pemimpin negara termasuk Perdana Menteri.Menurut beliau, PDRM juga berjaya mematahkan empat plot serangan IS di negaranya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China