Cari:
Serpihan Dijumpai Di Pulau Reunion Tidak Mungkin daripada MH370
2016-03-17 10:45:53 CRI Cetak
Serpihan yang dijumpai di Pulau Reunion yang ditadbir oleh Perancis tidak mungkin daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa pegawai dari Malaysia masih meneruskan perbincangan dengan pihak berkuasa Perancis mengenai serpihan itu.

Mengenai kedua-dua serpihan yang dijumpai di Mozambique oleh seorang warga Amerika dan seorang rakyat Afrika Selatan minggu lepas, JACC berkata serpihan itu akan dihantar ke makmal Biro Keselamatan Pengangkutan Australia di Canberra.

Menurut kenyataan, kedua-dua serpihan akan diperiksa oleh para penyiasat dari Australia dan Malaysia serta pakar-pakar dari syarikat Boeing untuk mengesahkan sama ada serpihan tersebut daripada pesawat MH370 dan mengenal pasti asalnya.

JACC berkata, usaha menjejaki pesawat tersebut setakat ini telah menjangkau keluasan lebih 90,000 kilometer persegi di dasar laut.

(sumber: Bernama Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China